[untitled.jpg]

Friday, September 7, 2007

Gendang Pilihan Raya Kampus Kembali Bergema...

Salams...
Apa khabar rakan mahasiswa sekalian? Diharap rakan-rakan sekalian sihat sejahtera dan masih ditetapkan iman. JM terlebih dahulu ingin memohon maaf kerana tidak meng"update"kan blog JM setelah sekian lama. Kekangan masa dan beban kerja mahasiswa yang sudah berada dalam semester-semester akhir kini mula dirasakan. Oleh sebab itulah JM jarang sekali melayari internet(kalau ada pun untuk cari journal berkaitan projek) dan bersembang di lelaman kegemaran JM.
Dengar cerita Pilihan Raya Kampus(PRK) akan tiba bila-bila masa sahaja dari sekarang. Maka akan sibuklah bala-bala jentera underground (yang kadang-kadang langsung x nampak pun gerak kerja mereka. Mungkin bergerak terlalu jauh kedalam tanah mungkin) dan yang x underground (yang membantu dan terbantu oleh pihak-pihak tertentu).
Ketua setiap jentera memain peranan yang paling penting bagi memastikan kelancaran strategi yang telah direncanakan. Ketua jentera adalah mastermind dan mastermind bagi setiap jentera ( tak kira pihak mana sekalipun ) perlulah mambuat perancangan yang teliti. Oleh itu, JM berfikir untuk memastikan kelancaran setiap strategi yang dirancang, ketua perlu di pilih awal, lebih awal dari memilih calon-calon yang bakal bertanding.
Setiap isu perlu diteliti dan diperhalusi, Isu kebajikan merupakan isu utama yang akan diperhalusi dan berdasarkan pemerhatian JM, calon yang datang dari didikan dan asuhan ketua jentera yang mengambil berat soal ini akan banyak menggondol kerusi berbanding calon-calon yang dikaderkan dan diratibkan dengan fahaman radikal dan didikan yang monotonus sedari awal asuhan.
Tetapi yang paling penting ketua-ketua jentera sekalian, adalah AMANAH!
Salams...

Wednesday, September 5, 2007

Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!!

Salams...
JM mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada negara, pemimpin, mahasiswa dan rakyat Malaysia yang kita cintai ini kerana telah dapat mengekalkan kemerdekaan selama 50 tahun. Meskipun ada sebilangan kecil dari rakyat yang dengan sambil lewa dan dengan tidak sepenuh hati mengekalkan kemerdekaan kita ini, JM harap mereka itu akan cepat sedar, menginsafi dan menyesali perbuatan mereka.
Mencapai kemerdekaan adalah suatu perara yang rumit dan amat sukar, namun perkara yang paling rumit setelah kita merdeka adalah mengekalkan kemerdekaan yang diperoleh.
JM menyeru pada diri JM dan mahasiswa lain agar menyimpan tekad, dan azam untuk berbakti pada negara yang telah banyak menabur bakti kepada kita.
Merdeka!!!
Salams...

Wednesday, March 7, 2007

Bas Kolej yang Mengundang MAUT!!!

Salams...
Apa khabar rakan mahasiswa sekalian? JM disini ingin mengucapkan selamat menyambung kembali sesi kuliah selepas pulang bercuti sempena sambutan Tahun Baharu Cina. Semoga rakan-rakan mahasiswa sekalian bersedia untuk menghadapi Ujian 2 yang akan dijalankan 2 minggu selepas tamat cuti antara semester ini.
Rakan mahasiswa sekalian, segala persiapan untuk menghadapi ujian haruslah dimulakan awal agar kita tidak terkocoh-kocoh di saat-saat akhir nanti. perjalanan pada hari ujian hendaklah diatur rapi dan bagi yang berkenderaan, pastikan kenderaan anda dalam keadaan selamat.
Kepada semua pemandu-pemandu bas pula, sila pastikan bas yang anda pandu itu diselenggara dengan baik dan sila pastikan juga brek berfungsi dengan baik.
JM ingin membawa saudara mahasiswa sekalian kepada satu tragedi atau lebih yang berlaku sebelum cuti antara semester lepas.
Pada pukul 1.35ptg, selasa minggu sebelum cuti, bas kolej serumpun yang JM naiki hampir-hampir terlibat dalam kemalangan apabila bas itu gagal dikawal setelah breknya gagal berfungsi dengan baik. Ianya berlaku di simpang tiga berhadapan pintu keluar masuk fakulti rekabentuk yang lama. Semasa menuruni jalan yang sedikit curam antara institut biosains, pemandu bas telah menekan minyak dan menyebabkan bas bergerak laju. Pada masa itu, JM dapat rasakan sesuatu yang membuat JM tidak sedap hati. Sangkaan JM menjadi nyata apabila bas tersebut gagal diperlahankan dan telah membelok dengan laju dan hampir melanggar sebuah proton wira putih yang melalui jalan tersebut. Bayangkan, bas yang sarat dengan mahaisiwa, hampir mengalami kemalangan yang mungkin akan meragut nyawa jika tidak disebabkan kecekapan pemandunya. Iktibar yang dapat kita ambil disini, Kepada para pemandu bas tidak kira yang kontrak ataupun pemandu bas universiti, transit mahupun kerata atau van, selenggaralah kenderaan anda dengan baik kerana sedikit kesilapan mungkin akan menyebabkan negara kehilangan barisan pemimpin yang disegani dimata dunia suatu hari nanti....

Friday, February 9, 2007

Sikap,sikap dan sikap

Salams...
Pernahkah anda melewati jalan menuju ke Sri Serdang melalui fakulti perubatan lama? Ya, pintu S.S.(Gate 12 jika tidak silap JazbahMuda) yang satu ketika dahulu menjadi bahan, 'point' dan platform bagi Gerakan Mahasiswa maju (GMM) mendabik dada atas publisiti murahan yang sengaja dirancana bagi mengaburi mata mahasiswa. Simon Ooi...Simon Ooi... Cukup fasal GMM dan kejahillan para pemimpin mereka.
Apa yang mahu JazbahMuda ketengahkan disini adalah kebersihan kawasan rehat bersebelahan pintu keluar masuk S.S. Sudah acap kali perkara yang sama berulang dimana sampah sarap bertaburan seolah-olah kelihatan seperti kawasan pelupusan sampah. Apa yang dapat JazbahMuda perhatikan, tempat tersebut sememangnya sesuai untuk beristirahat sambil menenangkan fikiran dan mejamu selera. Namun begitu haruslah diingatkan, sisa-sisa makanan dan plastik pembungkus(termasuk polysterine), hendaklah dibuang dengan betul dan sempurna.
Memang tidak dapat dinafikan penglibatan Prof Abu Bakar Salleh(TNC Pembangunan dan Penyelidikan) dalam hal ini (menyediakan tong sampah yang mencukupi), namun kita sebagai mahasiswa kenalah beringat dan sentiasa bijak dalam berfikir. Selepas makan, janganlah biarkan sahaja plastik-plastik dan bekas-bekas makanan dan minuman diatas meja batu tersebut. Dan jika tong sampah dah penuh, apasalahnya kita jinjing sebentar plastik-plastik tersebut sebelum membuangkannya dalam tong sampah lain. Terima kasih mata-mata JimisUPM yang peka dengan hal ini. sama-sama kita buat pemerhatian pada masa-masa akan datang.
Fikir, fikir dan fikir....salams...

Tuesday, February 6, 2007

Isu-isu Yang Akan Dikupas Dan Diketengahkan

SALAMS...
JazbahMuda pertama kali ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelayar blog JazbahMuda. Ribuan ampun dan maaf kerana JazbahMuda tidak dapat 'publish' isu-isu baru ekoran kekangan kerja dan projek JazbahMuda pada semester ini.
JazbahMuda akan menyenaraikan isu-isu yang akan dikupas dan diketengahkan dalam paparan blog akan datang.
  1. Isu bas dan pemandu yang menjadi topik utama dikalangan mahasiswa namun di pandang enteng sesetengah pihak.
  2. Isu makanan yang tiada kesudahannya.
  3. Isu kemudahan infrastruktur yang kurang dan uzur.

Nantikan paparan isu-isu tersebut. Terima kasih dan Salams...

Tuesday, January 30, 2007

Lembu lebih pandai dari mahasiwa universiti???

SALAMS...
"Lembu lebih pandai dari mahasiswa???" Benarkah perkara ini? Marilah kita sama-sama meninjau kebenaran atau kebatilan perkara ini. JazbahMuda ingin membawa saudara semua ke dalam bilik/dewan kuliah. Di dalam bilik/dewan kuliah terbukti bahawa kenyataan tadi salah sama sekali. Tiada lembu yang duduk dikerusi sambil mencatat isi-isi penting yang di hujjahkan oleh Dr., Prof., atau pensyarah lain. Kita dapat buktikan bahawa kenyataan itu salah. JazbahMuda ingin membawa pula saudara semua kafeteria. Di sini, juga kita dapat buktikan bahawa kita mahasiswa lebih bijak dari lembu dengan beratur dan bersopan ketika membeli makanan. Namun begitu saudaraku sekalian, ada satu tempat dimana kita secara sedar ataupun tidak lebih jahil dari lembu-lembu di ladang UPM ini. Tempat tersebut adalah di PERHENTIAN BAS. Lembu-lembu diladang UPM ini tahu, walau sebanyak mana sekalipun jumlah mereka, mereka perlu beratur sebelum masuk semua kekandang mereka(lembu ternakan FIT-LOT). Sebaliknya keadaan yang berbeza berlaku dikalangan MAHASISWA. Sewaktu bas tiba pada masa suatu perhentian bas itu penuh dengan manusia yang bergelar MAHASISWA ini, ianya seakan2 suatu gambaran yang menyakitkan mata dan juga satu tamparan bagi diri JazbahMuda yang membawa kepada suatu persoalan.. "Inikah mahasiswa yang diharapkan oleh pentadbiran UPM? Inikah mahasiswa yang bakal menjadi tunjang pemerintahan negara? JazbahMuda amat kesal dan berasa sedih ekoran kejadian, atau lebih tepat lagi, TABIAT/SIKAP mahasiswa kampus hijau ini. Mungkin dari satu sudut ada juga terselit tanggungjawab pentadbiran disitu, namun sebagai seorang MAHASISWA, marilah sama-sama kita fikirkan.
salams...

Monday, January 29, 2007

Mahasiswa UPM Pentingkan Diri Sendiri.

SALAMS...
Mahasiswa oh mahasiswa. mengapakah anda sangat mementingkan diri sendiri? Satu persoalan yang tidak perlu dijawab secara lisan tapi renungkanlah perkara yang ingin JazbahMuda sampaikan ini. Setiap hari kita pergi kuliah. Ada yang menunggang motorsikal, menaiki motokar dan tak kurang juga yang menaiki bas kolej masing-masing untuk ke kawasan fakulti. JazbahMuda adalah salah seorang mahasiswa yang datang ke kawasan fakulti menaiki bas kolej. Setiap pagi JazbahMuda akan datang awal ke perhentian bas agar tidak lewat untuk sampai di bilik atau dewan kuliah. Hampir setiap hari jugalah JazbahMuda akan terserempak dengan fenomena dimana mahasiswa dan tak kurang juga mahasiswi yang bersikap sangat mementingkan diri sendiri. Bermula dari kolej lagi perkara ini berlaku dimana ada mahasiswa dan mahasiswi yang tidak dapat duduk(mereka berdiri dalam bas) sengaja tidak mahu berganjak kebelakang. Ada yang senganja berdiri ditengah dan natijahnya, ramai rakan2 mahasiswa lain yang tidak dapat menaiki bas kerana telah "padat" (memang kelihatan padat di bahagian hadapan bas namun dibahagian belakang, sebaliknya). JazbahMuda amat kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab ini. Adakalanya mereka yang tidak membayar yuran pengangkutan pula yang dapat menaiki bas manakala mereka yang telah membayar yuran pegangkutan terpaksa menunggu untuk bas yang seterusnya. Bagaimana JazbahMuda berkata begitu adalah kerana, ada juga dikalangan mereka yang membawa kenderaan dan meminta agar tidak dikenakan yuran pengangkutan turut menaiki bas kolej. ini telah memburukan lagi keadaan. JazbahMuda berharap agar kita mahasiswa dapatlah mengubah sikap kerana semua ini terjadi disebabkan oleh sikap kita. JazbahMuda amat berasa gembira jika keadaan ini dapat diatasi. Sedarlah MAHASISWA....
salam...

Thursday, January 25, 2007

Tahniah JAMIS UPM ! ! !

SALAMS...Kepada semua pelayar blog JAMIS UPM ini, JazbahMuda secara peribadi ingin menyucapkan setinggi2 penghargaan dan terima kasih kerana secara lansung atau tidak, anda telah menyokong perjuangan ini. Bagi pihak pembaca@pelayar blog ini pula, amatlah diharapkan JAMIS UPM lebih berani dan terbuka dalam mgupas isu2 mahasiswa sekarang. JazbahMuda rasa terpanggil untuk melontarkan pandangan dan cetusan rasa dari dalam diri JazbahMuda. JazbahMuda amat berterima kasih kepada JAMIS UPM kerana telah membuka mata mahasiswa di kampus hijau ini ke satu sudut pemikiran yang lebih matang dan rasional. Perlu diingatkan agar pihak JAMIS UPM terus berjuang demi mahasiswa dalam kampus hijau ini TANPA berkompromi dengan mana2 pihak. Cungkillah, robeklah, rodoklah mana2 ruang yang dilihat pihak JAMIS UPM sebagai suatu yang kurang menyenagkan kita mahasiswa dalam kampus hijau ini. JazbahMuda sekali lagi ingin berterima kasih dan mengucapkan syabas kepada anda, JAMIS UPM. salams...

Friday, January 19, 2007

Jazbah Muda mohon izin....

Assalamualaikum...
JazbahMuda tampil buat pertama kali dalam laman kepunyaan sendiri. Salam sejahtera kepada rakan-rakan mahasiswa UPM, dan lain-lain mahasiswa di Malaysia. JazbahMuda rasa terpanggil untuk tampil dengan web sendiri setelah berfikir dan merenungkan hal-hal dan masalah kebajikan yang berkaitan dengan mahasiswa terutama mahasiswa di Kampus Hijau ini dan mahasiswa seluruh Malaysia. JazbahMuda akan sedaya upaya mengetengahkan isu-isu kebajikan dari sekecil-kecil isu hingga yang besar. Sama-samalah kita merenungkan semua isu yang bakal JazbahMuda ketengahkan dengan minda yang terbuka dan rasional.salams...